February 15, 2014

Permulaan yang baru

Salam...
Sedar ttak sedar masa berlalu dengan cepat. Setelah sekian lama aku baru teringatkan blog ni. Usang tanpa jagaan yang rapi. Alasannya bisasa lah, sibuk dengan itu lah ini lah. Now, its 2014. banyak yang telah aku lalui. Nak recal satu per satu tu memang tak ke sudah la nampaknya. 
Alhamdulillah, dengan berkat doa mak dan ayah, aku lulus dengan cemerlang peperiksaan November 2013. Keputusan yang cemerlang membuahkan hasil Anugerah Pengarah yang aku dapat bersama ramai lagi pelatih guru di IPG Ipoh ni. Rasa puas hati dapat penghargaan macam tu. Tapi ini bukan bermakna aku riak atau apa, cuma perkara yang tidak di sangka-sangka berlaku. Alhamdulillah. Moga aku teruskan istiqamah dalam menuntut ilmu disamping membuat penambahbaikan ibadah aku pada Tuhan. 
Bulan February ini boleh aku katakan bulan yang paling sibuk pernah aku lalui. Hampir setiap hari ada sahaja kerja yang perlu di buat. Kerja kursus pun dah start to pile up. Digging some stuffs to be used for my assignments. SO TIRED. Ditambahkan lagi dengan pilihanraya kampus yang akan berlangsung pada minggu terdekat ni. Untuk pengetahuan, aku jugak bertanding bagi jawatan naib pengerusi biro kebudayaan dan kesenian JPP Ipg kampus Ipoh. Terasa pelik aku boleh menjinakkan diri dengan perkara macam ni. Recall,before this I was one of those who always condemned people as they gila kuasa lah apa lah. But today, I am standing up right to fight for my post. Aku value experience dan moga peluang ada bagi aku untuk aku tingkatkan kemahiran dalam pengurusan persatuan. Inshaallah mudah-mudahan aku mendapat pertolongan yang wajar dari rakan-rakan dan dapat mengetengahkan pelbagai lagi keunikan budaya dan seni dalam kampus ini. Malam tadi aku dah selamat memberi ucapan manifesto yang pertama dalam seumur hidup, meyakinkan mahasiswa kampus dengan kebolehan aku dalam bidang pengurusan. Tetapi, aku bukan mengalah sebelum berjuang, cuma jika tidak menang sekalipun, aku akan fokus 100% pada pelajaran dan praktikal yang bakal aku hadapi dalam beberapa minggu lagi. 
Mungkin setakat ini sahaja perkongsian aku, harap aku diberi kesempatan lain untuk menulis cerita hidup aku disini.



1 comment:

anys nadhilah said...

Sempat2 kanlah menulis lagi dalam blog ni hehe

Terbaru dari caramel land...^^

get this widget here

Total Pageviews