Poor this nenek.
Tak kah kita kesian kat MAk kita?
KAlo lah satu hari nanti anak kita wat camni kat kita? apa kita rasa?
Akan tetapi, kita tak tahu apa yang sebenarnya terjadi kat anak dia yang membuatkan dia terpaksa meninggalkan mak dia disitu. Pada zahirnya, mungkin kita lihat anaknya tidak bertanggungjawab, tetapi mesti ada kisah disebalik....sama2 lah kita doakan yang terbaik buat nenek ni, and hopefully this thing won't happen to us in future. Here are some part of it, you can read by your own.
KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.
Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.

p/s: Jaga mak ayah kita leklok naa...
No comments:
Post a Comment