July 3, 2012

IPG KAMPUS IPOH - Festival Ukhuwah

Assalamualaikum...

Festival Ukhuwah yang telah di anjurkan oleh Biro Kerohanian dan Moral IPG Ipoh telah selamat dilaksanakan dengan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Pada hari Jumaat lepas pelancaran festival telah dilaksanakan di Dewan Sri Tanjung dan telah dihadiri oleh pensyarah-pensyarah serta wakil-wakil dari unit kesihatan Hospital Raja Permaisuri Bainun. Pada hari tersebut juga program derma darah dijalankan. Festival berlangsung pada hari berikutnya dan pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antara aktiviti yang menarik ialah pertandingan mengukir buah, sukaneka dan senam seni. Festival ukhuwah tersebut dimulakan dengan senam seni yang dikendalikan oleh beberapa orang pelajar dari unit Bahasa Melayu. 


 Disamping itu juga beberapa buah gerai makanan dan booth jualan pakaian dan produk kecantikan ada dibuka. Kerjasama dari pihak penganjur dengan menyediakan tapak serta gerai kepada peniaga-peniaga dapat memberi peluang kepada meraka untuk mengembangkan perniagaan kerana kebanyakan peniaga merupakan pelajar-pelajar institut IPG sendiri. Festival Ukhuwah yang dijalankan ini dengan objektif untuk merapatkan lagi hubungan sesama pelajar serta pensyarah menjadi platform untuk membina perpaduan yang utuh.  



 Pada hari tersebut bukan sahaja pelajar Melayu bahkan pelajar India dan Cina turut menjayakan aktiviti tersebut. Aktiviti yang paling mendapat sambutan dan perhatian ialah pertandingan mengukir buah. Pertandingan ini bukan sahaja untuk mengeratkan ukhuwah bahkan disinilah pelajar diberi peluang untuk menonjolkan bakat-bakat dalam mengukir buah serta mewujudkan semangat kerjasama antrara mereka. Selain itu juga, terdapat booth kesiharan dimana pengunjung dapat membuat pemeriksaan kesihatan dan mendengar nasihat berkaitan pemakanan seimbang oleh pegawai-pegawai kesihatan yang terlatih. Tidak lupa juga dengan cabutan bertuah yang menjadikan suasana festival tersebut lebih meriah. 

















 Festival itu berlangsung lagi dengan sukaneka yang rata-rata disertai oleh pelajar lelaki dan perempuan. Hadiah berupa hamper diberikan kepada para pemenang. Festival ukhuwah berakhir dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang serta saguhati pada mereka yang tidak berjaya. Harapan dengan adanya program seperti ini, dapat megeratkan lagi silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama disamping bergembira dengan aktiviti yang sihat. 








^^




1 comment:

sesuci embun pagi said...

trima kasih byk2 kpd pihak pnganjur..smoga aktiviti brmanfaat sperti ini dpt diteruskan pd masa akn dtg..

Total Pageviews