January 22, 2011

:: SAHABAT ::

SAHABAT

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa ,
Kecuali diri sendiri ..
Tetapi dalam kita bersendirian ,
Kita beruntung ….



     Kerana mempunyai seorang SAHABAT     yang memahami kita …Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang SAHABAT ,
Begitu juga lah dia …

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu ..
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita .
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya ..
Kita tidak memberi dia peluang untuk        menerangkan keadaannya ..
      Bagi kita …

                Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri …

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati …
Kita beri beribu alasan memaksa dia nterima alasan kita …
Waktu itu …

Terfikirkah kita perasaannya …???
Seperti kita…

Dia juga tahu rasa kecewa …

Tetapi kita sering terlupa …

Untungnya mempunyai seorang SAHABAT yang sentiasa memahami ,
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya …
Dia mendengar luahan perasaan kita …
Segala rasa kecewa dan ketakutan …
Harapan dan impian juga kita luahkan …
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah …
Selalunya kita terlalu asyik berceritakan tentang diri kita hingga ….

Kadang-kadang kita terlupa…

SAHABAT kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita …

Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya , Rasa takutnya … ???
Pernah kah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita …
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan 
dan berita gembira nya …?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya ..
Sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa 
dan menyerah kalah … ??
 Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai ,
       Kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah ,
            Agar tidak rebah … ??
                   Boleh kah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan …??

Sesekali jadi lah SAHABAT yang mendengar dari yang hanya bercerita …
Ambil lah masa untuk memahami hati dan perasaan SAHABAT ….
Kerana dia juga seorang manusia …
Dia juga ada rasa takut …
Ada rasa bimbang …
Sedih dan kecewa …
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang SAHABAT …

Sebagai kekuatan …
Jadilah kita SAHABAT nya itu ..
Kita selalu melihat dia ketawa ..

                        Tetapi mungkin …

            Sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka …
      Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan …
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan …
Kita tidak tahu …

Tetapi …

Jika kita cuba jadi SAHABAT sepertinya …
Mungkin kita akan tahu …....
(^_*)










No comments:

Total Pageviews