January 16, 2011

......SEHARI SEBIJI BOLEH TAK??......




PENTING!!
Di negara2 barat seperti Us & Eropah, epal sangat penting dalam kehidupan seharian rakyatnya. Dorang yakin, pengambilan sebanyak sebiji epal dalam sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan pada si pemakan. Bukan tu je, malah dorang juga yakin si pemakan pastinya sentiasa sihat, mempunyai kulit yang cantik dan jauh daripada doctor. Kelebihan yang ada telah diterjemahkan dalam sebaris ayat berbunyi, “an apple a day keeps the doctor away”. Difahamkan, ia menjadi pegangan & kebanggaan kebanyakan masyarakat berkulit putih.

MENGURANGKAN
Epal dikatakan mengandungi 50% vitamin A yang mampu mengurangkan selesema dan beberapa penyakit berjabgkit. Selain tu, ia juga mampu meningkatkan daya mempertahankan kesihatan saraf si pemakan. Kalsium yang dimiliki pula diyakini mampu menyumbangkan kepada pembentukan tulang dan gigi. Begitu juga dengan kandungan vitamin C yang terdapat dalam epal itu sendiri, sedikit sebanyak ia boleh membantu sistem pencernaan dan menyerap makanan lain. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Chang Y ”CY” Lee, dari Cornell University, epal juga mampu membantutkan serangan yang boleh mengakibatkan beberapa penyakit saraf seperti Alzheimer’s dan Parkinson.

KELEBIHAN
Disini ada beberapa kelebihan lain yang dimiliki dalam sebiji epal dan diyakini mampu mengubah kesihatan korang pada tahap yang lebih baik :
• Menurunkan kandungan kolestrol dalam darah.
• Menurunkan tekanan darah .
• Menstabilkan gula dalam darah .
• Meningkatkan HDL.
• Membantu sistem pertahanan badan untuk melawan virus berjangkit.
• Mengawal nafsu makan.
• Melancarkan proses pencernaan.
• Mempertahankan kesihatan saraf.
• Agen anti kanser.
• Menjaga kesihatn jantung.

PENCEGAH
Selain daripada kelebihan yang disebutkan, rahsia sebenar epal sebagai pencegah penyakit terletak pada kandungan keratin & pectin, iaitu serat yang larut dalam air. Pectin adalah sejenis serat kasar yang mempunyai beberapa kelebihan coz ia adalah serat berbentuk gel yang membantu membaik pulih otot pencernaan & menyalurkan sisa makanan pada saluran najis. Pada masa yang sama ia juga bertindak sebagai penyerap air yang berlebihan & agen nyah racun dalam usus.

TRIVIA
• China adalah pengeluar epal terbesar dunia, diikuti oleh Argentina.
• Manakala Us adalah pengeluar ke-3 terbesar yang merangkumi 7.5% keluaran epal didunia.
• Turki, Perancis, Itali, Afrika Selatan & Chile turut tersenarai sebagai pengeksport epal terbesar didunia.




No comments:

Total Pageviews