January 16, 2011

SiFat DaRaH…..

Betul ke jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita boleh menggambarkan
personaliti diri kita sendiri?? 
Hurmm..betul ke?? 
Haha,betul lah kot.....

Kalau korang semua nak tahu, menurut salah sebuah institut di Jepun(entah betul,entah tidak), kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di
dalam badan manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai
keperibadian individu itu sendiri. Nak tahu cerita selanjutnya???
Tengok kat bawah ni…


Firstly…DARAH O
”cha yok, cha yok”.. Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai
individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan
kebolehan diri sendiri. Selain itu korang juga sering
bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin
dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya
menginginkan sesuatu, korang akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut
walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya korang dikatakan memiliki sifat
cemburu yang agak kuat. Selain itu korang juga terlalu serius di dalam
persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri korang
sendiri. Oleh yang demikian korang harus lebih bijak mengawal emosi diri, agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A pulak..
Peace no war!! Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup korang. korang gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan korang juga gemar melibatkan
diri dengan berpersatuan. Korang bijak bergaul dengan individu disekeliling dan ternyata diorang juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan korang Sikap sensitif, sabar dan bertimbang rasa yang ada dalam diri korang itu melambangkan bahawa korang tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya korang agak degil dan
terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Korang harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. It’s important to always put your health first. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja korang itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B pulak, apa ceritanya??
Sempoi!.. Itulah ungkapan yang paling rapat dengan korang. Korang lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula, korang adalah individu yang
terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam
melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, korang lebih gemar
melaksanakannya dengan cara korang sendiri. Korang adalah individu yang kreatif
dan fleksibel, mudah bagi korang untuk meletakkan diri sendiri dalam apa
jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Korang adalah individu yang
bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap korang yang gemar berdikari dan
tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat
diri korang dan sekaligus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. korang
harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara
bersendirian.


Lastly…DARAH AB
Cool… Itulah ungkapan bagi korang..Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah ini.
Korang juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang
berada di sekeliling korang berasa selesa untuk berdampingan dengan korang. korang juga memiliki sikap humor( suke buat lawak) semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria sepanjang hidup. Namun ada satu perkara yang harus korang perbaiki dalam diri korang itu.
Hah dengar ini baik-baik…Korang perlu lebih bijak dan berani untuk membuat
keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri korang.







No comments:

Total Pageviews