January 25, 2012

^^



Kalau Tahun Baharu Masihi manusia tak sabar-sabar menantikannya, siap buat countdown...

Kalau sambutan hari lahir sendiri kita tak sabar--sabar menantikannya, siap buat sambutan khas, kenduri, pesta-pestaan semasa menyambutnya...

Apalah salahnya jika pada bulan maulid Junjungan Baginda yang tercinta ini kita pun tak sabar-sabar menantikannya, menyambutnya tanda kesyukuran dengan selawat dan pujian-pujian terhadap baginda insan teragung...

Kita mengaku umat baginda, tapi sekadar meniti di bibir, tak terungkap dengan hal perbuatan. Justeru bagaimana nak harapkan syafaat baginda, jika hari lahir sendiri disambut gah tak terkira, tapi sambutan hari lahir baginda dihukum sesat bidaah tercela?

Pada zaman dahulu hari lahir baginda disambut oleh panglima-panglima perang seperti Salahuddin al-Ayyubi untuk berselawat dan berpidato tentang semangat juang dan semarak jihad.

Apa salahnya kita menyambutnya kali ini dengan selawat dan salam tiada putus kepada baginda.

SOLLU 'ALAN NABIYY. ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMADANIN NABIYYIL UMIYYI, WA 'ALA WASOHBIHI WASALLAM.




(Biro Agama dan kerohanian)

No comments:

Total Pageviews